Friday, November 6, 2009

Kisah Arissa dan Topi


Ini Arissa. Umurnya baru setahun.Dia budak baik. Dia selalu menempek dengan mamanya. Kemana mamanya pergi, di situ ada dia. Termasuklah sewaktu mamanya menjahit. Dialah yang suka tarik kain, waktu gunting kain (atas lantai) dialah jugak yang landing atas kain. Kadang-kadang bila geramnya sampai tahap gaban sebab tidak diendahkan...Arissa akan gigit paha mamanya dengan giginya yang 6 batang. Test ketajaman gigi la tu. Mamanya...sabar..
Ini topi baru Arissa yang baru sangat siap dijahit. Siap sulam 'lil princess' lagi kat situ. Oleh kerana mamanya nak sangat anak pakai topi. Dengan semangat dan skill ke'amatur'an menjahit yang ada pada mamanya...maka siaplah topi ni dalam masa 2 jam. Fuhhh! Cantiknya anak mama.
TAPI
...
...
...
...
...
...

tak sampai pun setengah minit Arissa pakai, dia nangis nak buang. Dia buang...mamanya letak balik. Tunggang terbalik.
AKHIRNYA
...
...
...
...
...


Arissa duduk atas topi tu nak elak mama letak balik atas kepala dia. Terpenyek topi tu.
2 jam aku menjahit...tak sampai setengah minit dia pakai.
Sabor je la...

Monday, November 2, 2009

Gaun Hanis Arissa


Dah berbulan rasanya tak update blog. Sibuk...tak sangat. Tapi ada saja benda yang nak dijahit. Masa bulan ramadhan ari tu, sempat gak jahit baju gaun Arissa di samping menjahit baju tempahan yang lain. Niat di hati untuk raya. Since my lil princess tu blum boleh jalan, baik buat gaun untuk dia. Kalau baju kurung..leceh skit pergerakkannya nanti. Nampak dia macam selesa dengan gaun tu :)

Saturday, July 25, 2009

Beg untuk mak dan MIL

Ramadhan dah nak dekat ni...Terfikir nak buat beg untuk mak dan mil..Boleh isi kain telekung..pegi sembahyang terawih.
Inilah hasilnya. Hope they will like it.

Saperah Morning Glory

Inilah antara saperah yang dah siap dan dah diambil oleh tuannya...Harap tuannya suka ye..





Thursday, June 4, 2009

Pindah lagi.. ;P

Dah lama tak update blog. Orang lain ada blog, saya pun teringin jugak..tapi tak selalu update. Bukannya apa..lately..memang sibuk. Pindah rumah. Dulu tinggal di selayang, sekarang ke Batu Kawan, Penang.

Eemm..sejak kawin..rasanya dah banyak kali pindah rumah. Okeh..mulanya di Penang ke Penang jugak, pastu ke gurun kedah, pastu ke penang lagi, pastu ke alor setar, pastu ke Jeddah, Saudi, lepas tu balik ke alor setar, pastu ke selayang, pastu ke shah alam, pastu ke selayang balik, dan sekarang di batu kawan. Harap-harap boleh le duduk lama skit kat sini..

Sekarang ni harap2 boleh tumpukan semua projek2 terbengkalai dulu...dan kerja2 yang dah tersusun dalam kepala ni..

Thursday, March 26, 2009

Lilstitchy's Giveaway

Jeng..jeng..Inilah first time nak join giveaway. Selama ni jadik pemerhati je..Harap-harap murah rezekiku.

Sebenarnya dah lama mengikuti blog lilstitchy ni. Tapi tuan tanahnya, Lian tak sedar pun. Sekarang baru nak menunjukkan muka. Sebab nak hadiah..heheh.Maaf ye Lian. Saya admire semua hasil kerja Lian. Semuanya comel dan cute.. cute but useful. Kalaulah saya sekreatif dan seinovatif Lian....

Okeh..jom join Giveaway Lilstitchy.. better hurry..nanti tak sempat.

Haduh berpeluh gak nak letak tag dia kat sidebar. Maklum la..baru berkenalan dengan dunia blogging ni. Harap-harap betul la dan memenuhi syarat giveaway Lian.

Wednesday, February 11, 2009

sulam logo

Baru-baru ni my husband ada buat sulaman logo kat baju dia.. Maybe dia tengok cantik kot..terus dia offer kat kawan2 dia. Heheh..ramai jugak yang oder. Ini kira keja partime dia la..rezeki..Alhamdulillah.. Sekarang ni Janome tu tengah bekerja keras untuk siapkan oder. Semoga murah rezeki asbenku..amin.

emm..nak letak label apa ek post ni? Label 'bisnesku' le kot.. heheh..bisnesmu, bisnesku jua :) duitmu, duitku jua....:)

Entah kenapa..

Entah kenapa beberapa hari kebelakangan ni..terngiang-ngiang dalam kepala 2 verse lagu ramli sarip ni..

Ombak lautan berombak
Mengapa mengubah pasir di pantai
Bayu bertiuplah bayu
Mengapa menjadi ribut dan badai
Begitu kita merancangkan
Belum pasti hadirnya kebahagiaan
Fahamlah apa itu takdir
Akan berseri hidup yang ditadbir

........

Tuesday, January 13, 2009

Tepung Kek Segera

Photobucket

coklat lama

Alhamdulillah..sekarang dah 2 tahun jual tepung kek ni...so far, alhamdulillah sambutan amat menggalakkan. Terutama bila nak raya. Tak menang tangan jugak lah.

Tepung kek ni istimewanya...buatan bumiputera dan sangat mudah disediakan. Tak perlu mengayak tepung...dapur pun tak bersepah-sepah. Apa yang perlu ada, mixer, oven atau periuk kukus. Kek Coklat lembab ni bleh di kukus...lagi terasa ke'moist'sannya..

Selain tepug kek coklat lembab, saya juga ada jual tepung kek marble, kek sponge pandan, oren dan juga tepung kek butter.

Senarai harga

Tepung kek Coklat (580g) = RM6.80
Tepung Kek Marble (580g) = RM6.80
Tepung kek Span oren dan pandan (320g) = RM6.50
Tepung Kek butter (510g) = RM 6.00

Semuanya belum termasuk kos pos.
Kepada sesiapa yang berminat boleh email saya asmaliza0207@yahoo.com.my atau lawati kedai saya di http://www.wanitamelayu.com/forum/showthread.php?t=13474

Monday, January 12, 2009

jahit manik pulak da...


Dah lama tak update blog...Apa yang disibukkan pun tak tau. Dah berabuk blog ku ini.
Dua malam lepas saja try jait manik. Tak sangka jugak boleh siap dua belah tangan.Start pukul 1pagi.. Sampai pukul 3 pagi. hehe..amatur.Baby dah tidur..start keja. Tak sangka bleh siap pagi tu gak. Kalau tak siap pagi tu..alamat terbengkalai le.
nak kata elok..tak le elok sangat..tapi boleh le dibanggakan diri sendiri. keh..keh. tapikan..macam tak percaya dah siap. nampaknya tangan ni ada hobi baru da...hobi ni nampak macam rumit skit. tapi tak pa....buat setakat mana termampu..tutorial jait manik pun banyak..belajar online. tapi lagi best kalau ada guru :)