Friday, November 6, 2009

Kisah Arissa dan Topi


Ini Arissa. Umurnya baru setahun.Dia budak baik. Dia selalu menempek dengan mamanya. Kemana mamanya pergi, di situ ada dia. Termasuklah sewaktu mamanya menjahit. Dialah yang suka tarik kain, waktu gunting kain (atas lantai) dialah jugak yang landing atas kain. Kadang-kadang bila geramnya sampai tahap gaban sebab tidak diendahkan...Arissa akan gigit paha mamanya dengan giginya yang 6 batang. Test ketajaman gigi la tu. Mamanya...sabar..
Ini topi baru Arissa yang baru sangat siap dijahit. Siap sulam 'lil princess' lagi kat situ. Oleh kerana mamanya nak sangat anak pakai topi. Dengan semangat dan skill ke'amatur'an menjahit yang ada pada mamanya...maka siaplah topi ni dalam masa 2 jam. Fuhhh! Cantiknya anak mama.
TAPI
...
...
...
...
...
...

tak sampai pun setengah minit Arissa pakai, dia nangis nak buang. Dia buang...mamanya letak balik. Tunggang terbalik.
AKHIRNYA
...
...
...
...
...


Arissa duduk atas topi tu nak elak mama letak balik atas kepala dia. Terpenyek topi tu.
2 jam aku menjahit...tak sampai setengah minit dia pakai.
Sabor je la...

No comments: