Thursday, October 20, 2011

kembali bersiaran..:)

kuang...kuang...kuang...lamanya tak update blog. Lepas ni kena istiqomah As...update sekerap mungkin. lama tak jenguk blog sendiri sebab lama x online. guna broadband, speed lambat sangat, lepas tu Arissa dah patahkan broadband tu...maka sekianlah dunia blogging mama. Sekarang dah guna streamyx, laju skit, bleh saya kembali berblogging. sebenarnya jugak...ada orang suruh saya apdet blog ni. hehehe..selamat datang pengunjung dari linda.
lepas ni, banyak benda yang nak dikongsi :)
tq linda ;)

Friday, November 6, 2009

Kisah Arissa dan Topi


Ini Arissa. Umurnya baru setahun.Dia budak baik. Dia selalu menempek dengan mamanya. Kemana mamanya pergi, di situ ada dia. Termasuklah sewaktu mamanya menjahit. Dialah yang suka tarik kain, waktu gunting kain (atas lantai) dialah jugak yang landing atas kain. Kadang-kadang bila geramnya sampai tahap gaban sebab tidak diendahkan...Arissa akan gigit paha mamanya dengan giginya yang 6 batang. Test ketajaman gigi la tu. Mamanya...sabar..
Ini topi baru Arissa yang baru sangat siap dijahit. Siap sulam 'lil princess' lagi kat situ. Oleh kerana mamanya nak sangat anak pakai topi. Dengan semangat dan skill ke'amatur'an menjahit yang ada pada mamanya...maka siaplah topi ni dalam masa 2 jam. Fuhhh! Cantiknya anak mama.
TAPI
...
...
...
...
...
...

tak sampai pun setengah minit Arissa pakai, dia nangis nak buang. Dia buang...mamanya letak balik. Tunggang terbalik.
AKHIRNYA
...
...
...
...
...


Arissa duduk atas topi tu nak elak mama letak balik atas kepala dia. Terpenyek topi tu.
2 jam aku menjahit...tak sampai setengah minit dia pakai.
Sabor je la...

Monday, November 2, 2009

Gaun Hanis Arissa


Dah berbulan rasanya tak update blog. Sibuk...tak sangat. Tapi ada saja benda yang nak dijahit. Masa bulan ramadhan ari tu, sempat gak jahit baju gaun Arissa di samping menjahit baju tempahan yang lain. Niat di hati untuk raya. Since my lil princess tu blum boleh jalan, baik buat gaun untuk dia. Kalau baju kurung..leceh skit pergerakkannya nanti. Nampak dia macam selesa dengan gaun tu :)

Saturday, July 25, 2009

Beg untuk mak dan MIL

Ramadhan dah nak dekat ni...Terfikir nak buat beg untuk mak dan mil..Boleh isi kain telekung..pegi sembahyang terawih.
Inilah hasilnya. Hope they will like it.

Saperah Morning Glory

Inilah antara saperah yang dah siap dan dah diambil oleh tuannya...Harap tuannya suka ye..





Thursday, June 4, 2009

Pindah lagi.. ;P

Dah lama tak update blog. Orang lain ada blog, saya pun teringin jugak..tapi tak selalu update. Bukannya apa..lately..memang sibuk. Pindah rumah. Dulu tinggal di selayang, sekarang ke Batu Kawan, Penang.

Eemm..sejak kawin..rasanya dah banyak kali pindah rumah. Okeh..mulanya di Penang ke Penang jugak, pastu ke gurun kedah, pastu ke penang lagi, pastu ke alor setar, pastu ke Jeddah, Saudi, lepas tu balik ke alor setar, pastu ke selayang, pastu ke shah alam, pastu ke selayang balik, dan sekarang di batu kawan. Harap-harap boleh le duduk lama skit kat sini..

Sekarang ni harap2 boleh tumpukan semua projek2 terbengkalai dulu...dan kerja2 yang dah tersusun dalam kepala ni..

Thursday, March 26, 2009

Lilstitchy's Giveaway

Jeng..jeng..Inilah first time nak join giveaway. Selama ni jadik pemerhati je..Harap-harap murah rezekiku.

Sebenarnya dah lama mengikuti blog lilstitchy ni. Tapi tuan tanahnya, Lian tak sedar pun. Sekarang baru nak menunjukkan muka. Sebab nak hadiah..heheh.Maaf ye Lian. Saya admire semua hasil kerja Lian. Semuanya comel dan cute.. cute but useful. Kalaulah saya sekreatif dan seinovatif Lian....

Okeh..jom join Giveaway Lilstitchy.. better hurry..nanti tak sempat.

Haduh berpeluh gak nak letak tag dia kat sidebar. Maklum la..baru berkenalan dengan dunia blogging ni. Harap-harap betul la dan memenuhi syarat giveaway Lian.