Friday, December 23, 2011

As Mini Bakery

Alhamdulillah..saya telah create satu lagi blog bisnes saya di www.asmaliza-homemadecakess.blogspot.com.

Monday, October 24, 2011

Akhirnya rainlily merahku berbunga...

Setelah sekian lama menunggu...akhirnya kembang jugak si rainlily merahku. Dah setahun lebih jugak la. Rainlily yang putih dah beberapa kali kembang kuncupnya. Merah punya, inilah first time melihat donia. Seronok rasanya. Masa mula-mula tanam dulu, letak kulit telur nak bagi berbunga cepat. Sebab pada hemat saya, kulit telur ada kalsium, mineral yang menggalakkan bunga dan buah. Tapi tak berbunga jugak.
Saya suka rainlily sebab nampak romantik je, walaupun orang yang menanamnya ni tak romantik...kuang...kuang...kuang. Biasala..perempuan mana yang tak suka bunga. lebih-lebih lagi bunga rose. Memandangkan bunga rose yang cecantik tu hidup tempat sejuk je, saya tak jadi tanam. Saya tanam rainlily yang suka pada panas. Meh layan gambar-gambar yang disnap oleh jurukamera amatur iaitu saya.



Rainlily putih yang sentiasa menjadi penyeri halaman rumah saya.


...


Heheh..anak-anakku sayang, Ikmal dan Arissa yang telah dipaksa berposing tengah panas dengan pokok bunga mama. Itu gaya posing yang terlalu selalu digayakan mereka. Duhai anak...semoga terus menjadi anak yang soleh dan solehah ;)


Thursday, October 20, 2011

kembali bersiaran..:)

kuang...kuang...kuang...lamanya tak update blog. Lepas ni kena istiqomah As...update sekerap mungkin. lama tak jenguk blog sendiri sebab lama x online. guna broadband, speed lambat sangat, lepas tu Arissa dah patahkan broadband tu...maka sekianlah dunia blogging mama. Sekarang dah guna streamyx, laju skit, bleh saya kembali berblogging. sebenarnya jugak...ada orang suruh saya apdet blog ni. hehehe..selamat datang pengunjung dari linda.
lepas ni, banyak benda yang nak dikongsi :)
tq linda ;)

Friday, November 6, 2009

Kisah Arissa dan Topi


Ini Arissa. Umurnya baru setahun.Dia budak baik. Dia selalu menempek dengan mamanya. Kemana mamanya pergi, di situ ada dia. Termasuklah sewaktu mamanya menjahit. Dialah yang suka tarik kain, waktu gunting kain (atas lantai) dialah jugak yang landing atas kain. Kadang-kadang bila geramnya sampai tahap gaban sebab tidak diendahkan...Arissa akan gigit paha mamanya dengan giginya yang 6 batang. Test ketajaman gigi la tu. Mamanya...sabar..
Ini topi baru Arissa yang baru sangat siap dijahit. Siap sulam 'lil princess' lagi kat situ. Oleh kerana mamanya nak sangat anak pakai topi. Dengan semangat dan skill ke'amatur'an menjahit yang ada pada mamanya...maka siaplah topi ni dalam masa 2 jam. Fuhhh! Cantiknya anak mama.
TAPI
...
...
...
...
...
...

tak sampai pun setengah minit Arissa pakai, dia nangis nak buang. Dia buang...mamanya letak balik. Tunggang terbalik.
AKHIRNYA
...
...
...
...
...


Arissa duduk atas topi tu nak elak mama letak balik atas kepala dia. Terpenyek topi tu.
2 jam aku menjahit...tak sampai setengah minit dia pakai.
Sabor je la...

Monday, November 2, 2009

Gaun Hanis Arissa


Dah berbulan rasanya tak update blog. Sibuk...tak sangat. Tapi ada saja benda yang nak dijahit. Masa bulan ramadhan ari tu, sempat gak jahit baju gaun Arissa di samping menjahit baju tempahan yang lain. Niat di hati untuk raya. Since my lil princess tu blum boleh jalan, baik buat gaun untuk dia. Kalau baju kurung..leceh skit pergerakkannya nanti. Nampak dia macam selesa dengan gaun tu :)

Saturday, July 25, 2009

Beg untuk mak dan MIL

Ramadhan dah nak dekat ni...Terfikir nak buat beg untuk mak dan mil..Boleh isi kain telekung..pegi sembahyang terawih.
Inilah hasilnya. Hope they will like it.

Saperah Morning Glory

Inilah antara saperah yang dah siap dan dah diambil oleh tuannya...Harap tuannya suka ye..