Monday, October 24, 2011

Akhirnya rainlily merahku berbunga...

Setelah sekian lama menunggu...akhirnya kembang jugak si rainlily merahku. Dah setahun lebih jugak la. Rainlily yang putih dah beberapa kali kembang kuncupnya. Merah punya, inilah first time melihat donia. Seronok rasanya. Masa mula-mula tanam dulu, letak kulit telur nak bagi berbunga cepat. Sebab pada hemat saya, kulit telur ada kalsium, mineral yang menggalakkan bunga dan buah. Tapi tak berbunga jugak.
Saya suka rainlily sebab nampak romantik je, walaupun orang yang menanamnya ni tak romantik...kuang...kuang...kuang. Biasala..perempuan mana yang tak suka bunga. lebih-lebih lagi bunga rose. Memandangkan bunga rose yang cecantik tu hidup tempat sejuk je, saya tak jadi tanam. Saya tanam rainlily yang suka pada panas. Meh layan gambar-gambar yang disnap oleh jurukamera amatur iaitu saya.



Rainlily putih yang sentiasa menjadi penyeri halaman rumah saya.


...


Heheh..anak-anakku sayang, Ikmal dan Arissa yang telah dipaksa berposing tengah panas dengan pokok bunga mama. Itu gaya posing yang terlalu selalu digayakan mereka. Duhai anak...semoga terus menjadi anak yang soleh dan solehah ;)


No comments: